Lokasi PSPN Pahang
LOKASI
- PSPN terletak di Beserah, 10 km dari Bandar Kuantan.
- Kompleks ini siap dibina pada 22 September 1983 di atas
sebidang tanah seluas 63 hektar.
- Kompleks ini telah dirasmikan oleh YB Saudara Anuar Ibrahim,
Menteri Pendidikan Malaysia pada 23 Mac 1987.
- Penubuhan PSPN adalah khusus untuk meningkatkan mutu pendidikan
pelajar-pelajar sekolah khasnya di luar bandar melalui kegiatan
pengajaran dan pembelajaran.
-
- ETIKA KERJA WARGA
PSPN
Oleh kerana PSPN merupakan sebuah pusat yang
memberi perkhidmatan kepada profesionalisme perguruan maka PSPN
akan bertindak berlandaskan prinsip-prinsip etika yang berikut:
- Mengutamakan kepentingan perkhidmatan profesional daripada
hal-hal pentadbiran.
- Bersedia memberi khidmat bantu, rundingan dan galakan
profesional kepada warga pendidik di Jabatan pendidikan Negeri,
daerah dan sekolah.
- Memberi layanan mesra kepada pelanggan pada bila-bila
masa.
- Bersikap terbuka kepada keperluan dan pandangan serta
maklum balas pelanggan untuk meningkatkan prestasi perkhidmatan
yang diberi.
- Kualiti adalah asas budaya kerja PSPN.
- FUNGSI
- Bagi mencapai objektif tersebut di atas PSPN berfungsi
seperti berikut:
- Memberi khidmat bantu dalam aspek teknologi pendidikan.
- Memberi kemudahan latihan perkhidmatan dalam bidang teknologi
pendidikan untuk tujuan peningkatan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di bilik darjah.
- Melaksana dan menyelaras program-program peningkatan proses
kemahiran penggunaan teknologi pendidikan Kementerian Pendidikan.
- Menjalankan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dalam
usaha meningkatkan mutu pengajaran dan pembelajaran.
- Menyebar kaedah inovatif dalam pengajaran dan pembelajaran.
- Sebagai pusat sumber rujukan untuk peningkatan kemahiran
dan pengetahuan profesional serta taraf akademik para guru.
- Membina dan menghasilkan bahan multimedia pengajaran dan
pembelajaran untuk negeri masing-masing.
- Menjalankan program "training trainers" untuk
zon-zon pendidikan tempatan.
- Membina bank sumber pendidikan
- Menyelaras dan menyokong Pusat Kegiatan Guru (PKG) dan
Pusat Sumber Sekolah (PSS) serta Pusat Sumber Elektronik (PSE).